ISU statutory declaration (SD) atau akuan bersumpah muncul lagi. Terbaharu sehari dua ini membabitkan dakwaan isu sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO dibangkitkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim. Kata Nazri, terdapat SD ditandatangani 25 ahli Parlimen UMNO menyokong Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai jurucakap parti jika selepas ini wakil UMNO dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong. Ini…










