Menikmati roti jala bersama kari kentang di waktu petang memang sangat nikmat, tetapi itu sudah biasakan? Apa kata cuba dimakan bersama sos coklat? Tentu berbeza rasanya. Pemilik roti jala Jetaime, Adzarithina Indarrahayu Iskandar Dzulkarnain berkongsikan resepi roti jala dengan kuah coklat dan juga kari kentang.
Bahan-Bahan:
3 cawan air
1/2 cawan santan
3 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak
2 sudu kecil garam
Pewarna
Cara penyediaan:
1. Masukkan santan, air, garam, minyak dan tepung. Kacau semua hingga rata.
2. Kisar adunan hingga sebati.
3. Kemudian tapiskan adunan. Warnakan adunan dengan warna pilihan.
4. Tuangkan hasil tapisan adunan ke dalam acuan botol roti jala.
5. Pastikan tekstur adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
6. Panaskan kuali. Lebih bagus gunakan kuali anti-lekat.
7. Pastikan api sederhana.
8. Jala ikut kreativiti.
9. Biarkan atas api selama beberapa saat untuk pastikan roti jala masak secara menyeluruh. (Tak perlu dibalikkan).
10. Angkat dan letakkan ke atas pinggan lalu dilipat atau digulung mengikut kesukaan anda.
Bahan-bahan kuah coklat:
1 kilogram (kg) milk compound chocolate
1 kotak susu penuh krim
3 sudu besar golden syrup
1 sudu besar tepung jagung (ikut kepekatan disukai)
Cara penyediaan:
1. Panaskan periuk, masukkan susu dan biar hingga panas.
2. Kecilkan api. Masukkan milk compound chocolate yang telah dicairkan secara double boil, kacau hingga sebati.
3. Masukkan golden syrup. Kalau gemar kuah yang lebih pekat, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga cukup kepekatan yang disukai.
6. Biarkan kuah coklat yang telah siap sejuk dalam peti ais selama beberapa jam.
Bahan-bahan kari kentang:
3 ulas bawang putih.
4 ulas bawang merah.
1 sentimeter (cm) halia
(semua bahan kisar atau tumbuk halus)
Bahan tumis:
3 ulas bawang merah dihiris.
3 sekawan – bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.
Bahan lain:
3 biji kentang dipotong dadu.
5 sudu besar rempah kari ayam.
1 kotak santan.
*Air secukupnya untuk kuah (ikut kepekatan yang disukai).
*Sedikit minyak untuk menumis.
*Garam dan perasa secukupnya.
*3 tangkai daun kari.
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis- hirisan bawang merah, daun kari dan tiga sekawan. Biarkan sehingga terbit bau.
2. Masukkan bahan yang dikisar atau ditumbuk. Kacau dan biar hingga wangi.
3. Masukkan rempah kari.
4. Masukkan potongan kentang dan sedikit air. Biar mendidih dan hampir masak.
5. Masukkan bahan-bahan lain seperti santan, garam dan perasa.
6. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.
7. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala.










