Kumpulan Intrix (Intrix), salah satu syarikat teknologi hidro dan termal terkemuka di dunia, mengumumkan pelancaran segmen pengguna mereka, Intrix Lifestyle dengan pili air tulen panas segera pertama di Malaysia, Intrix Reinz Plus.
Direka dan dibuat di Malaysia, Intrix Reinz Plus penuh dengan pelbagai inovasi, termasuk penggunaan teras dalaman titanium yang dipatenkan.
Unit ini yang terletak di bawah kaunter dapur sekaligus menjadikan ia tampak lebih kemas. Dua reka bentuk pili dengan pilihan warna krom atau hitammatte, melengkapkan pili dapur anda atau menggantinya sepenuhnya, untuk penampilan kaunter yang lebih kemas.
Diperakui halal oleh Persekutuan Muslim Korea (Korea MuslimFederation) dan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ia adalah elemen yang penting untuk dapur moden bagi mempercepatkan proses memasak, minum dan pensterilan.
Ketika Intrix memutuskan untuk menghasilkan satu penyelesaian air minuman untuk kegunaan rumah, mereka mempertimbangkan, bagaimana caranya untuk menjadikannya sesuai untuk orang zaman sekarang?
Pengarah Urusan Kumpulan Intrix, Tee Tone Vei berkata, ketika kami mengkaji dapur moden, kami memperhatikan bahawa terdapat pelbagai integrasi yang boleh dilakukan.
Bagaimana caranya untuk ‘menyembunyikan’ pelbagai perkara di samping mempunyai lebih banyak fungsi daripada konvensional, maka terhasilkan produk inovasi seperti ini,” katanya.









