Hematuria Detection kesan penyakit urinari kucing - Utusan Malaysia

Hematuria Detection kesan penyakit urinari kucing

Hematuria atau kencing berdarah adalah satu daripada petanda klinikal penyakit saluran kencing kucing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kucing juga merupakan haiwan yang pandai berahsia dan sering menyorok petanda penyakit atau kesakitan.

Lazimnya pemilik haiwan ini hanya dapat mengetahui penyakit kucing pada tahap kritikal, yang mungkin sudah terlambat atau sukar bagi kucing untuk menerima rawatan.

Oleh itu, pengesanan awal dan diagnosis hematuria adalah penting bagi kesejahteraan kucing daripada penyakitnya menjadi melarat. Kelak kita juga yang akan susah.

Royal Canin memperkenalkan Hematuria Detection. Ia adalah butir kecil yang membolehkan pengesanan awal darah mikroskopik di dalam air kencing kucing dan dapat dilakukan di rumah.

Pengurus Komunikasi Saintifik di Royal Canin Malaysia, Dr. Kavindaran Krisnasamy yang juga merupakan seorang doktor veterinar berkata, Hematuria atau kencing berdarah adalah satu daripada petanda klinikal penyakit saluran kencing bahagian bawah kucing (FLUTD).

Katanya ia mungkin menunjukkan keadaan dalaman yang serius.

“FLUTD biasanya berlaku dalam kalangan kucing dewasa berusia muda hingga pertengahan umur tetapi ia juga boleh dihidapi kucing tidak kira usia, jantina atau baka disebabkan pelbagai punca kemungkinan.

“Dalam kebanyakan kes, kewujudan darah di dalam air kencing tidak mudah dikesan dengan mata kasar. Secara tradisional, doktor veterinar mengesan FLUTD menerusi sampel air kencing (yang harus didapati ketika kucing sedang membuang air kecil) atau menerusi pemeriksaan fizikal. Proses-proses ini boleh memberi tekanan kepada pemilik dan kucing,” katanya.

Sehubungan itu, ujarnya, Royal Canin Hematuria Detection, produk yang dipreskripsi oleh doktor veterinar adalah mudah untuk digunakan tanpa menganggu rutin harian kucing atau menyebabkannya tertekan.

Dengan hanya mengikuti tiga langkah mudah iaitu tabur, periksa dan dapatkan nasihat, semua pemilik haiwan peliharaan boleh melakukannya sendiri.

“Jika butir-butir tadi berubah warna dari putih kepada biru dalam beberapa saat, ini menunjukkan air kencing kucing mengandungi darah dan berkemungkinan kucing anda menghidapi FLUTD.

“Seterusnya, hubungi doktor veterinar jika butir-butir itu berwarna biru bagi mengesahkan keputusan dan menentukan langkah berikutnya,” katanya.

Teknologi inovatif di dalam Hematuria Detection menjadikannya produk yang boleh dipercayai kerana ia membolehkan pengesanan mikrohematuria, iaitu bilangan darah yang kecil di dalam air kencing yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar.

Produk ini di datangkan dalam dua uncang seberat 20 gram untuk setiap satu, mengandungi butir-butir yang mudah untuk disimpan oleh pemilik haiwan peliharaan.

Ia dibangunkan dengan teknologi dari BlŸcare Lab, pembangun ujian biomarker dari Kanada untuk kucing dan anjing, Hematuria Detection diperbuat daripada formula yang selamat bagi memberikan ketenangan minda kepada pemilik haiwan peliharaan ketika menggunakan produk tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN