Kanak-kanak mampu mencapai 60 peratus pertumbuhan ketinggian mereka dalam tempoh lima tahun pertama kehidupan.
Meskipun faktor genetik memainkan peranan penting, nutrisi yang betul sangat mustahak dalam merealisasikan potensi pertumbuhan sebenar mereka.
Namun, mencapai status nutrisi baik dalam lima tahun itu amat mencabar. Masalah pertumbuhan boleh timbul sekiranya keperluan nutrisi mereka tidak segera dipenuhi.
Pakar Perunding Pediatrik, Dr. Yong Junina Fadzil berkata, pertumbuhan lambat bukan hanya satu masalah fizikal, tetapi akan ia akan turut menjejaskan pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.
“Tanpa intervensi di peringkat awal, kanak-kanak ini bukan sahaja mempunyai saiz tubuh badan lebih kecil, tetapi mengalami kesan jangka panjang dari segi kesihatan, prestasi sekolah dan keupayaan bekerja pada masa hadapan,” katanya.
Pertumbuhan terbantut ialah sejenis kekurangan zat makanan yang lazim berlaku menjejaskan satu daripada lima kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.
Malangnya kira-kira 57 peratus ibu bapa tidak menyedari anak-anak mereka mungkin menghadapi risiko pertumbuhan terbantut.
Bagaimanapun, kata Dr. Yong berita baiknya adalah pertumbuhan terbantut dapat dicegah sekiranya ia dikesan lebih awak.
“Ia membantu dalam plat pertumbuhan dapat diaktifkan semula, seterusnya membantu kanak-kanak mencapai potensi pertumbuhan sebenar mereka,” katanya.
Serentak dengan usaha itu, jenama Abbot tampil dengan PediaSure Growthcam.
Ia bertujuan untuk membantu ibu bapa mengenalpasti tumbesaran anak dengan lebih baik.
Penapis Realiti Terimbuh (AR) inovatif ini bertindak dengan mengukur dan merekod ketinggian anak dalam hanya beberapa saat.
Pengarah Perubatan, Perniagaan Pemakanan Abbot Malaysia, Dr. Nina Mazera berkata, aplikasi itu menyedarkan keluarga terhadap kepentingan nutrisi sebagai penentu pertumbuhan kanak-kanak, khususnya dalam tahun awal tumbesaran mereka,” katanya.
PediaSure Growthcam:
*Peramal ketinggian – kalkulator ketinggian dan ramalan yang boleh digunakan untuk mengukur status pertumbuhan kanak-kanak serta mendapat cadangan pemakanan yang sesuai.
*Garis panduan pemakanan dan contoh pelan makanan – berasaskan pinggan makanan sihat Malaysia berdasarkan prinsip suku-suku-separuh.
*Resipi – resipi ringkas dan berkhasiat untuk kanak-kanak cerewet makan dan kanak-kanak aktif yang perlu makan lebih kerap.










