Dron AS masuki Selat Hormuz diserang Iran - Utusan Malaysia

Dron AS masuki Selat Hormuz diserang Iran

GAMBAR fail sebuah dron AS. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Iran pada Ahad berkata, mereka telah menyerang sebuah dron tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang cuba memasuki Selat Hormuz, beberapa jam selepas Teheran dan Washington saling melancarkan serangan.

“Pasukan Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang gagah berani telah menyerang sebuah kapal permukaan tanpa pemandu (kapal yang dikendalikan dari jarak jauh) milik tentera Amerika yang cuba memasuki kawasan dilindungi di Selat Hormuz,” kata Pengawal Revolusi dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh televisyen negara Iran, IRIB.

Pengawal Revolusi Iran pada Sabtu berkata bahawa mereka telah menyerang beberapa kapal, termasuk yang didakwa mempunyai kaitan dengan AS, sebagai tindakan balas terhadap serangan Amerika ke atas kapal tangki Iran pada hari yang sama.

Sebelum ini, Teheran berikrar untuk melancarkan serangan balas yang lebih dahsyat terhadap kapal tentera laut AS sekiranya Washington meneruskan serangan terhadap kapal-kapal Iran, beberapa jam selepas Markas Pusat Amerika (CENTCOM) berkata, pihaknya telah memusnahkan tiga kapal tangki Iran. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×