Deria penglihatannya tajam. Dengan hanya lirikan mata, dia mampu membaca sudut gambar terbaik. Sekali jarinya membidik, suatu rakaman magis, sudah pasti menjadi. Juru foto korporat, Abd. Hadi Abd. Wahab, 30, ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini berkata, sesiapapun mampu merakam gambar. Bagaimanapun melahirkan suatu karya terbaik itu memerlukan jiwa dan perasaan. “Ayah saya seorang jurugambar. Jadinya sejak kecil saya sudah terbiasa dengan foto. Saya rajin tolong susun gambar atau pilih gambar dalam komputer riba ayah. Daripada situlah saya mula belajar mengenai sudut gambar,” katanya. Kepercayaan ayahnya, Abd. Wahab Abu Samad…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya