Oleh DR RAIHANAH AZAHARI Ramadan makin menghampiri penghujungnya dan Syawal pula akan menjengah. Kebiasaannya persiapan ke tanah suci sudah pun bermula dengan keberangkatan para bakal haji secara berperingkat-peringkat pada akhir Syawal. Dengan wajah penuh kegembiraan dan tubuh yang diselimuti pakaian serba putih untuk menuju ke rumah Allah, masing-masing bagaikan tidak sabar-sabar untuk menjejakkan kaki di sana. Bukan sahaja persiapan dari segi material, mental dan fizikal, tetapi sebelumnya persiapan rapi dari…