BERSIH dan bebas bakteria. Itu yang biasa terlintas di fikiran apabila menggunakan atau mengambil air minuman daripada penapis air bertangki.
Namun dalam tidak sedar, air sumber bertakung juga adalah kolam pembiakan untuk bakteria dan alga yang biasa ditemui dalam penapis air bertangki. Ia penyebab menjadikan air minuman tidak bersih dan segar.
Sumber air daripada bahan tercemar boleh mengancam kesihatan manusia. Ia boleh dikesan melalui rupa, bau dan rasa yang akan membahayakan kesihatan manusia.
Walaupun air paip dan tapisan biasa sudah menjalani beberapa proses rawatan, tetapi bahan pencemar yang lain seperti kotoran, bahan kimia, karat, plumbum dan lain-lain masih ada bersama-sama dengan bakteria yang telah mati.
Menyedari kepentingan air bersih, jenama kelengkapan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK Magic melancarkan Jiksoo Ria. Ia adalah penapis air tanpa tangki terbaharu berteknologi canggih yang mampu menjimatkan elektrik.
Pengarah Urusan SK Magic Malaysia, Kim Kyung Won berkata, produk tanpa tangki memiliki kelebihan di mana ia mampu meningkatkan kualiti penulenan air ke satu tahap lebih tinggi dan paling selamat untuk diminum kerana kaya dengan mineral.
“Jiksoo Ria didatangkan dengan sistem penapisan teknologi nano yang inovatif dan
sistem pensterilan UV tab air yang mampu menapis virus, bakteria, mikroplastik dan logam serta membolehkan mineral penting melaluinya.
“Ciri istimewa penapis air tanpa tangki juga dapat mencegah kemungkinan pencemaran air yang bertakung dan air yang keluar sentiasa bersih dan segar penuh mineral,” katanya semasa pelancaran Jiksoo Ria di ibu kota baru-baru ini.
Jiksoo Ria berbentuk kompak dan moden, dijual pada harga RM3,800. Ia adalah tambahan terbaharu kepada rangkaian penapis air teknologi canggih.
Ia menampilkan penggunaan tenaga rendah dengan hanya menggunakan 730Wh setiap hari bersamaan 16 sen sehari atau RM5 sebulan dalam bil elektrik.
“Penjimatan tenaga boleh membantu pengguna menjimatkan penggunaan elektrik tanpa bimbang bil melambung tinggi. Ia adalah pilihan alternatif penapis air yang mampu dimiliki di pasaran,” katanya.
Reka bentuknya yang anggun dan minimalis bukan sahaja sesuai dengan ruang dapur yang sempit malah malah tampil juga dengan warna putih sebagai sebahagian daripada hiasan rumah.
Dilengkapi panel paparan yang direka secara estetik, ia menyediakan air yang ditapis dalam tiga tetapan suhu sejuk, persekitaran dan panas menerusi sistem pemanasan dan penyejukan segera canggih yang selamat untuk kanak-kanak dan mesra pengguna.










