APABILA dunia diancam pandemik Covid-19 yang menyaksikan penutupan semua pintu masuk Malaysia, peranan digalas pasukan keselamatan semakin getir kerana perlu memastikan sempadan negara tidak dibolosi langsung dari luar. Di Kelantan, kawalan sempadan negara di sepanjang 41.8 kilometer Sungai Golok dilakukan secara bergilir-gilir oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan, PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa dan PGA Batalion 9 Kuala Terengganu. Menerusi penugasan yang dipanggil Op Benteng Covid-19 tersebut, kerja…









