Tiga warganegara Thailand ditahan seludup petrol guna Proton Waja 

Tiga warganegara Thailand ditahan seludup petrol guna Proton Waja 

ANGGOTA penguat kuasa KPDN memeriksa kereta Proton Waja yang dipandu warganegara Thailand semasa cuba menyeludup petrol ke negara jiran di IQCS Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Tiga warganegara Thailand ditahan selepas cuba menyeludup 160 liter petrol ke negara jiran menggunakan kereta Proton Waja semasa melalui pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, semalam.

Semua individu yang terdiri dari dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan pada pukul 7.30 pagi menerusi Op Tiris oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Aswadi Jaafar berkata, suspek gagal mengemukakan sebarang resit pembelian, lokasi pengambilan dan alasan munasabah bagi pengisian bahan bakar tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati semua suspek mengaku petrol berkenaan untuk dijual di Thailand.

“Individu yang ditahan itu masing-masing berusia antara 35 tahun hingga 56 tahun. Hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga kereta yang dinaiki secara berasingan itu menjumpai 160 liter petrol. Kereta pertama kita temukan 50 liter, kereta kedua (60 liter) dan kereta ketiga (50 liter),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 8(4)(a) akta sama kerana disyaki memiliki barang kawalan dengan niat untuk menyeleweng. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN