Kalau ditanya kepada ramai orang, juadah ayam panggang antara menu sentiasa menggamit selera. Aromanya rempah semerbak harum sewaktu di panggang, lembut dagingnya dicicah bersama aneka sos, memang amat membuka selera sewaktu dihidangkan kala buka puasa. Bahan membuatnya mudah didapati namun memerlukan masa awal untuk memerap supaya ia meresap ke dalam daging yang akan kita panggang petang nanti. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
5 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar lada hitam
(giling atau kisar kasar)
4 sudu besar oregano
4 ulas bawang putih
1 biji lemon (ambil jusnya)
Garam secukup rasa
Cara penyediaannya
1. Lumurkan bahan ini dengan ayam dan perap selama 30 hingga dua jam.
2. Bakar pada 180 darjah selsius selama 45 minit hingga sejam.
Bahan sos lada hitam:
5 sudu besar kicap
5 sudu besar serbuk brown sos
5 sudu besar sos cili
500 milliliter (ml) air
2 sudu kecil tepung jagung
(untuk pekat kan sos)
Cara memasak
Campurkan bahan dan masak di atas api hingga masak.
Bahan sos merah:
5 sudu sos cili
3 sudu sos thai
3 sudu daun ketumbar
3 cawan air panas
(Campurkan bahan dan siap)

TERIMA KASIH:
Azim Mohamed Nor IG: Azim Mohamed Nor










