Syawal adalah hari kebesaran yang diraikan oleh umat Islam sebagai tanda kesyukuran mereka kepada Allah lantaran hidayah dan taufiq-Nya kepada mereka dalam melaksanakan kewajipan puasa dan menghidupkan malam dengan ibadah sepanjang Ramadan. Kegembiraan pada 1 Syawal telah disyariatkan oleh Allah sehingga seseorang muslim tidak dibenarkan berpuasa pada 1 Syawal agar dapat bergembira menikmati juadah sepanjang hari raya Aidilfitri. Apabila anak bulan Syawal kelihatan, maka bermulalah malam hari raya Aidilfitri yang…









