Apa diharap padi seberang, Entahkan berisi entahkan tidak, Apa diharap kasihnya orang, Entahkan sudi entahkan tidak. Pantun empat kerat (yang sebenarnya enam kerat) ini berlingkar sejak setahun ini dalam hubungan politik ‘masam-masam manis’ tiga parti Melayu, UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. Pas akhirnya Jumaat lalu memilih bersama Bersatu yang mengetuai kerajaan Perikatan Nasional (PN) – seperti mana dipertegaskan Presidennya, Datuk Seri Abdul…
 
								
 
								 
								 
											









