JOHOR BAHRU: Nasib seorang penghantar makanan tidak ubah seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila diminta mengosongkan rumah oleh pemiliknya selepas terlibat kemalangan yang menyebabkan tulang paha kirinya patah dan koyak kulit lutut. Meor Samsul Helmi Rahmatullah, 30, berkata, kemalangan berlaku di Jalan Dato Onn Utama menghala ke Lebuhraya EDL selepas dia menghantar makanan di Taman Perniagaan Suria, 21 Februari lalu. Meor Samsul mendakwa, kejadian berpunca daripada sebuah kereta yang berhenti…










