Pelajar Sijil Rekabentuk Dalaman (SRD) dan Sijil Pastri (SPT), Kolej Komuniti Selayang (KKSY) memilih gotong royong menceriakan sungai dan melukis mural sebagai menyambut Hari Air Sedunia Peringkat Daerah Gombak baru-baru ini. Dalam menjayakan program itu, pelajar SRD bertungkus-lumus mengerah tenaga dan idea dalam mencantikkan persekitaran awam. Ia melalui lukisan mural yang akan menjadi tarikan di Taman Rekreasi Sungai Jinjang, Bukit Lagong. Kerja-kerja melakar, melukis dan mewarna bermula 26 Mac lalu.…










