KOTA BELUD: Putus sumber pendapatan akibat penutupan sektor pelancongan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan penghalang bagi sekumpulan wanita di Kampung Padang, Pulau Mantanani terus memperoleh pendapatan. Pengusaha inap desa (homestay), Rostinah Maulana, 57, sedikit pun tidak menyangka kebergantungan kepada sektor pelancongan akan menyebabkan mereka kehilangan satu-satunya mata pencarian. Namun, penglibatannya dalam program komuniti, Cintai Mantanani yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Reef Check Malaysia seolah-olah memberi sinar baharu…