PETALING JAYA: Selepas kerajaan membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tanpa syarat menerusi skim i-Sinar mulai semalam, pejabat KWSP diserbu pencarum yang berlumba-lumba mahu mengeluarkan wang masing-masing. Situasi tersebut mengambarkan pencarum mengambil kesempatan daripada kelonggaran yang diberikan untuk mengeluarkan wang simpanan hari tua tanpa berfikir panjang, walaupun terdapat dalam kalangan mereka tidak terdesak akibat pandemik Covid-19. Malah, ada sebahagian daripada pemohon menyifatkan ia sebagai ‘durian runtuh’ walaupun simpanan…