DAP lapor SPRM minta siasat Rina Harun - Utusan Malaysia

DAP lapor SPRM minta siasat Rina Harun

RINA MOHD HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY) meminta Suruhanjaya Pen­­­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Datuk Seri Rina Harun berikutan keupayaannya membayar hutang dalam tempoh singkat, tidak setara dengan jumlah pengisytiharan harta yang dinyatakan sebelum ini.

Naib Ketua Pemuda­nya, Jenny Choy berkata, SPRM perlu menjalankan siasatan bagaimana Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu mengumpul kekayaan dan dana yang cukup untuk melunaskan hutang RM1.3 juta dalam 15 bulan.

Katanya, jika merujuk data pengisytiharan aset SPRM ketika ini yang diterbitkan pada 20 November tahun lalu, aset dimiliki Rina hanyalah berjumlah RM72,000.

“Dengan pendapatan sebagai menteri seba­nyak RM34,034 sebulan dan jika pendapatannya tidak berubah dan kekal sejak 2019, ia mengambil masa selama kira-kira 40 bulan bagi mengumpul dana dalam menyelesaikan Notis Kebankrapan.

“Dengan syarat Rina tidak menggunakan satu sen pun daripada pendapatannya.

“DAPSY meminta SP­RM menyiasat adakah Rina menerima pendapatan tambahan yang berjumlah besar dan adakah beliau telah membuat penyata­an palsu pada November berhu­bung asetnya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di pejabat SPRM Perak di sini, semalam.

Sebuah portal dalam talian sebelum ini yang memetik Mark Ho, peguam yang mewakili syarikat produksi dan filem Sarl Novovision memaklumkan Rina telah menyelesaikan hutangnya minggu lalu, bagaimanapun dia enggan mendedahkan jumlah tunggakan yang dibayar Rina. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN