Budak cilik juara catur Asia Tenggara - Utusan Malaysia

Budak cilik juara catur Asia Tenggara

IMAN Izzuddin Roslan menunjukkan sijil juara kategori lelaki bawah 10 tahun Kejohanan Mobile Chess X Community Hero 2021, baru-baru ini. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun mengharumkan nama Malaysia apabila menggondol pingat emas dalam pertandingan catur secara dalam talian Kejohanan Mobile Chess X Community Hero 2021 di sini, baru-baru ini.

Iman Izzuddin Roslan, 9, yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tipus dekat sini mengalahkan 175 peserta dari Asia Tenggara dalam kate­gori bawah 10 tahun.

Menurutnya, seramai lima murid dari sekolahnya turut menyertai kejohanan tersebut yang bermula 6 Februari lalu.

“Saya mula belajar bermain catur sejak berusia enam tahun. Kakak saya yang banyak mengajar sehingga boleh mewakili negara.

“Saya meluangkan masa dari pukul 2 hingga 6 petang bermain catur di rumah setiap hari sambil dibantu jurulatih di sekolah untuk mengajar dan memberi latihan kepada saya,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya dekat Simpang Pelangai semalam.

Iman Izzuddin berkata, dia banyak memenangi kejuaraan antaranya Festival Catur Antarabangsa Putrajaya 2019 dan Kejohanan Catur Ke-53 KCM Akademi Catur (KCMCA) Terbuka Kebangsaan 2020.

“Saya turut mendapat tempat pertama Kejohanan Superstar Online Chess Kebangsaan dan johan Unity Chess Match 2021 (kategori lelaki bawah 10 tahun) baru-baru ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN