Kolum Seram Ada suatu kisah yang ingin saya ceritakan kepada pembaca tentang jenazah yang pernah saya uruskan satu ketika dahulu. Mungkin ada yang tidak percayakan atau was-was dengan cerita ini, namun kisah ini kejadian yang benar-benar berlaku dan cukup menginsafkan saya. Sekitar Januari, 1993, seorang wanita menghubungi saya. Saya kenal wanita tersebut termasuk suami dan anak-anaknya kerana kami pernah tinggal di kejiranan yang sama sebelum mereka berpindah ke daerah lain.…










