PETALING JAYA: Melanjutkan moratorium serta bantuan lain amat diperlukan buat kali kedua bagi suku pertama tahun 2021 dalam membantu rakyat yang terkesan dapat bertahan dalam tempoh masa yang sukar ini. Pakar Ekonomi, Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, lanjutan moratorium adalah wajar buat masa ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. “Lanjutan moratorium perlu diberikan terutamanya bagi golongan tersasar, mereka yang tidak dapat bekerja namun ia tidak termasuk industri yang dibenarkan…










