TAK payah pergi ke Aristotle, Plato atau ahli-ahli falsafah Yunani purbakala. Bukan kita tidak tahu tamadun Yunani pun ranap dan berkecai. Ayuh! Mari kita bersandar kepada kebenaran dan falsafah Melayu. Kalau dibentang seluas alam, kalau dilipat sekecil kuku. Soalnya mahu atau tidak mahu sahaja kita menerima hakikat bahawa akibat main politik kuasa dan mainan budaya politik yang tidak menentu, bahkan dikusutkan dengan kemunculan pandemik Covid-19, rakyat jadi keliru. Lantas, meletakkan…