Vaksin Covid-19 untuk 70% penduduk Malaysia - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19 untuk 70% penduduk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Kerajaan menambah stok tempahan vaksin kepada 70 peratus daripada 30 peratus sebelum ini dan pada masa sama memberi jaminan penghantaran vaksin yang dijadual pada Mac ini akan dipercepatkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muh­yiddin Yassin berkata, be­liau telah mengarahkan penghantaran bekalan vaksin Covid-19 itu dilakukan segera, sama ada ia ber­kesan atau sebaliknya.

“Kalau hendak tunggu ujian macam vaksin biasa, mungkin dua tahun lagi tidak dapat bekalan. Saya sudah arahkan sama ada ia berkesan atau tidak berkesan agar dipercepatkan, jangan sampai rakyat marah Perdana Menteri.

“Jadi, saya minta kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba untuk pesan kepada pembekal agar mempercepatkan penghantaran vaksin yang sepatutnya tiba Mac ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Sambutan Dee­pavali Dewan Undangan (DUN) Gambir di Dewan Muniandy, Sagil di sini semalam.

Pada 27 November lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan 12.8 juta dos bekalan.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau juga telah me­ngarahkan Dr. Adham dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin agar melakukan rundingan agar stok vaksin ditambah daripada 30 peratus kepada 60 hingga 70 peratus.

Katanya, perkara itu atas atas nasihat Kementerian Kesihatan dan sekiranya jumlah berkenaan dapat dipertingkatkan, maka ia lebih terjamin agar rakyat dihadapi virus Covid-19.

“Itu kalau mahu belanjakan, kerajaan terpaksa guna peruntukkan RM3 bilion, sekarang kita belanja sudah RM2 bilion, tetapi vaksin tak sampai lagi.

“Kalau hendak tunggu ujian vaksin macam biasa, mungkin dua tahun tidak sampai lagi, saya arahkan sama ia berkesan atau tidak maka ia perlu dipercepatkan penghantarannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN