KUALA LUMPUR: Akta Lompat Parti dan Akta Dana Politik perlu segera diperkenalkan jika mahu melihat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti ‘bersih’ seterusnya memastikan kestabilan politik terjamin. Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, selagi akta-akta itu tidak dikuatkuasakan, selagi itulah rakyat mungkin terus berdepan pergolakan serta ketidaktentuan politik termasuk terbaru yang berlaku di Perak, baru-baru ini. “Bagi membendung masalah ini, tiba masanya kita memperkenalkan Akta…