PUTRAJAYA: Kerajaan dalam proses rundingan akhir dengan tiga syarikat pengeluar vaksin Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan turut menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal Astra Zeneca bagi perolehan 6.4 juta dos atau tambahan 10 peratus. Kata beliau, ini menjadikan jaminan bekalan vaksin 40 peratus yang telah diperoleh menerusi perjanjian bersama…