KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya kerajaan mewajibkan perisytiharan harta dalam kalangan penjawat awam terutamanya agensi penguatkuasaan, tidak hanya pegawai di peringkat atasan namun perlu juga melibatkan anggota bawahan. Pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow berpendapat, masalah integriti boleh berlaku tanpa mengenal tinggi atau rendah pangkat seseorang dalam satu-satu jabatan. Beliau berkata, ekoran pendedahan salah guna kuasa dan rasuah yang begitu membimbangkan, maka amat relevan seandainya ahli keluarga terdekat mereka juga perlu diwajibkan berbuat demikian bagi mengelakkan kegiatan menyorok harta. “Antara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya