KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditambah sebulan lagi sehingga 6 Disember ini melibatkan hampir semua negeri membimbangkan banyak pihak terutama golongan yang terpinggir dalam Belanjawan 2021. Ekoran itu Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disaran melihat semula isi belanjawan berkenaan selepas ada suara-suara yang dilihat berasa kurang senang dengan beberapa inisiatif yang diumumkan kelmarin. Turut dikhuatiri, belanjawan bernilai RM322.5 bilion itu akan gagal mengimbangi natijah daripada pelaksanaan PKPB bermula…