KUALA LUMPUR: Bukan sahaja membekal nombor telefon pelanggan untuk digunakan sindiket penipuan sistem perkhidmatan ringkas (SMS) tetapi turut disalurkan kepada sindiket kegiatan perjudian dalam talian. Itu kegiatan yang dilakukan segelintir pegawai syarikat telekomunikasi yang sanggup ‘bersekongkol’ dengan sindiket berkenaan demi hidup mewah. Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, sumber memberitahu, pegawai syarikat telekomunikasi tersebut dipercayai menerima bayaran mengikut jumlah data pelanggang yang dijual. Kata sumber, sindiket judi dalam talian yang menerima nombor…