Lukisan cahaya mewarnai gambar - Utusan Malaysia

Lukisan cahaya mewarnai gambar

Tetapan Kamera Mirrorless Sony A7iii, Lensa 24mm-105mm, Pengatup Kelajuan (4 sec), Bukaan F/6.3, ISO200 Aksesori tambahan, Lampu LED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lukisan cahaya adalah teknik fotografi di mana cahaya ‘dicat’ atau ‘dilukis’ ke dalam foto dengan menggunakan sumber cahaya semasa pendedahan yang lama ketika sesuatu foto itu dirakam.

Anda boleh menggunakan hampir semua alat sebagai sumber cahaya untuk lukisan cahaya, tetapi ia akan mempunyai kesan yang berbeza serta warna yang berbeza. Contoh sumber cahaya yang popular untuk lukisan cahaya termasuk berus lukisan cahaya, lampu suluh, laser, batang cahaya, bunga api, lilin dan lampu LED.

Mod manual adalah idea yang paling baik semasa penggambaran lukisan cahaya. Fungsi automatik kamera anda tidak berfungsi dengan baik apabila cahaya tidak mencukupi.

Teknik fotografi yang melibatkan pergerakan cahaya semasa pengatup kamera terbuka bertujuan menangkap sumber cahaya, anda perlu menetapkan kamera untuk pendedahan yang panjang. Ini boleh berlaku dari 10 saat hingga beberapa minit bergantung pada berapa banyak cahaya yang ingin didedahkan.

Lensa juga memainkan peranan penting untuk lukisan cahaya. Lensa sudut luas antara menjadi pilihan, seperti 16-35mm f/2.8 atau Laowa 14mm f/2.8. Ia bergantung kepada apa yang anda ingin rakam dan keluasan persekitaran.

TETAPAN PADA KAMERA: Menggunakan kamera mirrorless, 24mm-105mm, pengatup kelajuan (8 sec), bukaan F16, ISO 50. Aksesori tambahan: Lampu LED.

 

 

 

 

TETAPAN PADA KAMERA: Menggunakan kamera ‘mirrorless’, lensa 24mm-105mm, pengatup kelajuan (8 sec), bukaan F13, ISO 100. Aksesori tambahan: Lampu LED.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN