PUTRAJAYA: Penglibatan pegawai perubatan dalam kalangan doktor yang mendalangi sindiket penjualan bayi adalah satu perbuatan serius dan boleh dikenakan tindakan di bawah beberapa perundangan yang dikuatkuasakan pelbagai agensi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesalahan melibatkan penipuan itu adalah berkaitan beberapa akta seperti Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, Akta Pendaftaran Negara 1959, dan Kanun Keseksaan. Menurut beliau, jika melibatkan pengamal perubatan,…