Mukadimah Ibarat mengharapkan si pegar, namun pegar pula makan padi. Demikian nasib kerajaan apabila terpaksa berdepan kerugian puluhan juta ringgit, susulan dana yang disalur kepada segelintir pemain industri filem tanah air, lesap entah ke mana. Ceritanya, dahulu kerajaan ingin galakkan pemain industri hasilkan filem yang memperkasa tema kenegaraan dan nasionalisme. Namun pihak lagi satu pula beralasan, filem sebegitu tiada nilai komersial. Maka berpuluh juta ringgit diperuntukan untuk merangsang pembuat filem.…