Rombak Skim Wajib Tayang jika mahu lindungi filem tempatan

Rombak Skim Wajib Tayang jika mahu lindungi filem tempatan – Afdlin Shauki

filem
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berharap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) merombak semula Skim Wajib Tayang agar filem-filem tempatan diberi lebih masa dan peluang untuk dijual.

Katanya, tindakan itu perlu untuk melindungi filem tempatan dan mengelakkan penerbit menanggung kerugian gara-gara penarikan balik tayangan filem mereka di pawagam.

“Kita nak elak pempamer bersikap berat sebelah atau favoritism, hanya jual filem yang bawa untung buat mereka. Nanti panggung akan tayang filem-filem yang sama sahaja.

“Sebab itu Skim Wajib Tayang kena rombak agar filem-filem tempatan dapat lebih perlindungan dan diberikan lebih tempoh untuk ditayangkan mengikut budi bicara,” katanya pada majlis pelancaran filem Harimau Malaya.

Afdlin mengulas berkenaan filem Pagari Bulan yang tayangannya ditarik balik pempamer kerana gagal menarik jumlah penonton yang ramai selepas tiga hari ditayangkan.

Perkara tersebut turut mencetuskan kemarahan penerbit dan pengarah, Michael Ang yang mempersoalkan keputusan dan tindakan beberapa buah pawagam terbabit yang mengurangkan dan membatalkan tayangan filem Pagari Bulan di seluruh negara.

Dalam masa yang sama, Afdlin juga berharap pempamer bertindak telus dan tidak menganiaya pembikin filem tempatan dengan sewenang-wenangnya memberhentikan tayangan filem mereka tanpa sebarang sebab yang munasabah.

“Yang saya tahu, ada pempamer yang tidak telus, mengubah jumlah tontonan dalam laporan prestasi kutipan sesebuah filem agar filem tersebut ditarik balik tayangannya dan digantikan dengan filem yang mungkin lebih membawa keuntungan kepada mereka.

“Kita tak ada ketelusan dari sudut itu. Sebab itu saya minta agar satu sistem diwujudkan yang dapat merekodkan jumlah tontonan sebenar sesebuah filem dipanggung yang mana data tersebut boleh diakses Finas.

“Teknologi kita sudah canggih, tetapi laporan masih bersifat manual. Ini adalah masalah yang sudah wujud terlalu lama,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya