Tiga tahun ukir Tugu Tunku Abdul Rahman - Utusan Malaysia

Tiga tahun ukir Tugu Tunku Abdul Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Februari 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang pengukir terkenal dari Amerika Syarikat, Felix W. De Weldon telah mengambil masa selama tiga tahun untuk mengukir Tugu Tunku Abdul Rahman yang kini diletakkan di hadapan Bangunan Parlimen.

Ketika ditemui, pengukir yang telah mengukir lebih 120 tugu orang kenamaan serta lebih 800 tugu kecil di seluruh dunia berkata, “Saya gembira sekali setelah dapat menyiapkan Tugu Tunku itu. Beliau ialah seorang negarawan besar di abad ini dan terkenal di seluruh dunia”.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 7 Februari 1972Pengeluar filem Amerika, Carl Dudley bakal mengarahkan sebuah filem mengenai Malaysia dengan tujuan menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.
  • 7 Februari 1973Persatuan Peladang Tanjung Ipoh, Daerah Kuala Pilah akan melancarkan projek tanaman buah markisa bulan Mac ini.
  • 7 Februari 1974Penoreh-penoreh getah di Daerah Besut gelisah kerana sukar mendapatkan pembeli yang menawarkan harga berpatutan sejak harga getah meningkat ketika ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.