KUALA LUMPUR: Keputusan meminda tarikh peperiksaan awam mengambil kira pelbagai faktor termasuk mengatur aspek logistik berkaitan peperiksaan khusus bagi negeri terjejas teruk akibat penularan Covid-19. Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin berkata, peningkatan ketara kes positif Covid-19 dalam gelombang ketiga dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memberi kesan kepada persiapan murid untuk peperiksaan. Katanya, walaupun sekolah dibuka secara berperingkat Jun lalu, banyak ditutup semula disebabkan penguatkuasaan PKPB. “Ada negeri yang…