MENTERI Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam. Dalam belanjawan bertema “Teguh Kita, Menang Bersama”, Perikatan Nasional membentangkan perbelanjaan negara buat kali pertama sejak menubuhkan kerajaan pada Mac lalu. Belanjawan 2021 yang merangkumi cadangan perbelanjaan dan pendapatan negara yang dijangka pada tahun depan dibentangkan ketika negara menghadapi krisis terburuk sejak kemerdekaan. Tidak pernah dalam sejarah manusia moden, seluruh dunia diletakkan dalam “lockdown”,…