Kelahiran Rasulullah SAW disambut dengan penuh kegembiraan oleh ahli keluarganya. Walaupun Nabi SAW tidak sempat melihat ayahnya kerana meninggal dunia semasa dalam kandungan namun baginda dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh ibunya, Aminah dan datuknya Abdul Mutalib. Selepas Abdul Mutalib meninggal dunia, Abu Talib, bapa saudaranya yang paling tua dan dihormati memelihara Nabi SAW sehingga dia diutuskan menjadi rasul. Dalam surah al-Ahzab ayat 40 nama Nabi Muhammad SAW tertera, Allah…