Sebelum datang Islam yang dibawa Rasulullah SAW, alam dunia hidup dalam keadaan gelap kejahilan, kesesatan dan syirik. Sedikit sahaja ahli kitab iaitu mereka yang mewarisi kitab nabi yang masih kekal menjaga agama. Bangsa arab mengamalkan kehidupan yang buruk, menanam hidup-hidup anak perempuan dan mengharamkan perkara yang Allah rezekikan kepada mereka tanpa hujah atau dalil. Kejahilan ini disingkap dalam firman Allah SWT, bermaksud: Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak mereka kerana…