MUKADIMAH Kesenian bukan sahaja membudayakan masyarakat, malah turut memakmurkan ekonomi. Buktinya, industri kreatif yang bertindak sebagai cabang induk kesenian tanah air, menyumbang 2.0 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Malangnya, segelintir penggiatnya ibarat nila setitik yang merosakkan imej keseluruhan industri. Godaan glamor dan status telah mengheret sesetengah artis untuk jual tubuh, terbabit dalam pengubahan wang haram serta bergelumang najis dadah. Bagi mendapatkan penjelasan mengenainya, wartawan Mingguan Malaysia, Alif Fadli…