Sidang DUN Johor berjalan lancar - Utusan Malaysia

Sidang DUN Johor berjalan lancar

MUHYIDDIN Yassin berbual dengan bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian dalam sidang DUN Johor di Iskandar Puteri, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang bermula semalam berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan antara 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Malah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mengatur langkah cubaan bagi menukar Speaker DUN, Suhaizan Kaiat sekali gus menjadikan suasana sidang berjalan lancar.

Suhaizan adalah Naib Pengerusi Amanah Johor yang dilantik sebagai Speaker oleh kerajaan terdahulu sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Aminolhuda Hassan (Amanah-Parit Yaani) sebelum ini memaklumkan pihaknya mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad jika ada cubaan menukar Suhaizan.

Terdahulu, Sidang DUN dua hari itu dijangka panas ekoran pergolakan politik melibatkan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk bekas Menteri Besar Datuk Osman Sapian (Bersatu-Kempas).

Dalam pada itu, Osman turut kelihatan dalam sidang DUN itu dengan beliau berada di kedudukan sebaris dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu-Gambir).

Situasi itu sekali gus menepis dakwaan bahawa beliau menyebelahi PH dan memberi ke­san kepada kedudukan PN dalam kerajaan negeri.

Muhyiddin dilihat berbual mesra dengan Osman ketika sesi dewan ditangguhkan selama 20 minit.

DUN Johor kini memiliki 56 kerusi dengan agihan sebelum ini adalah UMNO dan DAP ma­sing-masing 14, Bersatu (12), MIC (dua), PAS (satu), Amanah (9) dan PKR (empat).

Ia menjadikan kerajaan PN mempunyai 29 kerusi berbanding PH 27 kerusi, manakala majoriti mudah bagi membentuk kerajaan baharu di Johor ialah 29 kerusi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya