KUALA LUMPUR: Pemilik premis dan peniaga Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor mempersoalkan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyita dan merobohkan gerai dan kilang Rabu lalu yang disifatkan mereka sebagai tidak adil. Pemilik premis percetakan, Nurul Aini Abdul Rashid, 57, mendakwa, pihak berkuasa tempatan (PBT) seakan-akan berat sebelah terhadap sesetengah peniaga dalam mengeluarkan notis pemutihan. Katanya, dia hanya diberikan masa dua jam untuk mengemas dan mengeluarkan peralatan di kilangnya sedangkan…










