KUALA LUMPUR: Industri penerbangan menerima impak besar akibat penularan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sehingga menyebabkan syarikat penerbangan mengalami kerugian tinggi. Selepas melalui tempoh sukar disebabkan terpaksa ‘menutup kedai’ selama sebulan sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu, AirAsia Bhd. kelihatan bangkit semula dalam usaha kembali stabil. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat malah meluahkan keyakinan bahawa syarikat tersebut akan keluar daripada krisis kewangan yang melanda sekali…