Sultan Ibrahim, Menteri Kesihatan bincang isu HSA - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim, Menteri Kesihatan bincang isu HSA

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Dr. Adham Baba di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. - FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perbincangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba semalam menyentuh mengenai isu kesihatan serta perkembangan kerja-kerja pembaikan Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini yang terbakar Jun lalu.

Menurut status terbaharu Facebook baginda, Sultan Ibrahim sebelum ini berkenan membiayai kos membaik pulih wad berkenaan dengan kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim memaklumkan baginda amat menitikberatkan soal kesihatan rakyat dan ketika negara diancam penularan wabak Covid-19 sejak Mac lalu.

“Baginda secara berterusan berkenan mengurniakan pelbagai sumbangan termasuk ventilator dan peralatan perubatan untuk kegunaan hospital-hospital di negeri Johor.

“Sumbangan-sumbangan berkenaan dilakukan menerusi YSIJ dengan kerjasama Yayasan Temasek dari Singapura, dermawan serta rakan-rakan baginda,” kata status yang dimuat
naik dalam akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Terdahulu, baginda berkenan menerima mengadap Dr. Adham yang berlangsung hampir sejam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Dalam pada itu, Dr. Adham turut meluangkan masa melihat kemudahan-kemudahan perubatan berteknologi tinggi dalam ambulans peribadi Sultan Johor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya