KANGAR: Kira-kira 150 pengusaha bot nelayan di Kuala Perlis di sini mengalami kerugian dianggarkan lebih RM60 juta selepas hampir empat bulan tidak turun ke laut berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak pertengahan Mac lalu. Lebih malang, apabila kerajaan memberi kelonggaran melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pengusaha bot terbabit masih tidak dapat turun ke laut berikutan ketiadaan pekerja yang kebanyakannya warga asing dari Thailand. Kira-kira 1,600 nelayan dari Thailand yang bekerja antara 10 sehingga 15 tahun itu telah dihantar pulang ke negara mereka berikutan pandemik Covid-19 sejak Mac…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya