Walaupun sebahagian besar AI dalam perkhidmatan kewangan kekal sebagai penasihat, LUMIQ telah berjaya membina lapisan yang memiliki keputusan — agen AI berautonomi dan boleh diaudit membuat panggilan terkawal dalam mod pengeluaran di bank, syarikat insurans dan firma pasaran modal yang terkemuka. Pada hari ini, LUMIQ memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh India, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara — institusi terkemuka merentasi sektor insurans, perbankan dan pasaran modal.
NEW YORK dan SINGAPURA, 20 Jun 2026 /PRNewswire/ — LUMIQ, syarikat perkhidmatan kewangan natif AI, pada hari ini mengumumkan pusingan pembiayaan strategik bertujuan meningkatkan keupayaan pembuatan keputusan secara automatik bagi institusi kewangan di seluruh Amerika Syarikat dan Asia Tenggara. Pusingan ini diketuai oleh Bajaj Finserv, satu daripada kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar dan terpelbagai di India, dengan penyertaan daripada pelabur sedia ada iaitu Info Edge Ventures.
Ketika ini, ribuan pelanggan sedang menunggu polisi dikeluarkan, pinjaman dilepaskan, tuntutan diadili, kerana di suatu tempat seorang pekerja FSI sedang terbeban dengan pelbagai keputusan yang perlu dibuat, teragak-agak kerana berisiko melakukan kesilapan. Pada hari ini, apabila e-dagang berjaya menyampaikan perkhidmatan pada hari yang sama, bank dan syarikat insurans masih membuat keputusan dalam beberapa minggu. Kami membina LiteCone untuk menanggung beban itu: AI membuat keputusan untukkes yang rutin, sepenuhnya dan bertanggungjawab, oleh yang demikian manusia membuat pertimbangan mereka ke atas satu kes yang benar-benar memerlukannya. Pusingan ini membolehkan kami membawa keupayaan berkenaan ke setiap institusi kewangan di pasaran paling penting. Shoaib Mohammad, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, LUMIQ
Daripada AI yang membantu kepada AI yang membuat keputusan
Selama beberapa dekad, institusi kewangan telah membeli teknologi yang menjadikan warga kerja institusi bekerja dengan lebih cepat — data, penskoran, copilot menjadi lebih pantas. Keputusan masih menjadi tumpuan kepada manusia. LUMIQ sedang mengubah keadaan itu. Melalui platform LiteCone, syarikat itu menempatkan agen AI yang membaca fail, mengguna pakai garis panduan institusi itu sendiri dan berjaya membuat keputusan secara menyeluruh — mengajukan hanya kes yang benar-benar memerlukan pertimbangan manusia. Output bukan saranan. Output merupakan keputusan, dengan pertimbangan penuh dilampirkan, dirujuk silang kepada dasar dan boleh dipertahankan di bawah audit.
Hasil dalam mod pengeluaran terbukti dengan jelas. Di syarikat insurans hayat terkemuka, agen LEO LUMIQ membuat keputusan sebanyak 75-80% kes pengunderaitan tanpa sentuhan manusia, mengurangkan kos pengeluaran polisi sebanyak kira-kira 25% dan memendekkan masa pemprosesan daripada beberapa hari kepada kurang lapan minit — beroperasi 24×7 dengan kebolehauditan yang lengkap. Merentasi pangkalan pelanggan syarikat itu yang merangkumi sektor insurans, perbankan dan pasaran modal di India, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara, kini LUMIQ memproses berjuta-juta keputusan setiap tahun.
LiteCone berjaya mengubah peranan perkhidmatan kewangan sebenar menjadi agen AI yang berfungsi dalam beberapa minggu. Setiap agen yang kami tempatkan adalah konsisten, boleh dijelaskan, patuh dan boleh diaudit mengikut reka bentuk — bukan sekadar penambahan yang dibuat pada peringkat akhir. Modal ini membolehkan kami meneroka platform ini dengan lebih mendalam dan lebih luas merentasi peranan. Dan melalui perkongsian makmal awan dan AI kami, institusi akan mengetahui bahawa LiteCone sudah diterapkan dalam platform yang dikendalikan oleh perniagaan berkenaan hari ini.
Vaibhav Dobriyal, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Produk, LUMIQ
Pusingan ini membiayai empat keutamaan: mengembangkan pasaran di Amerika Syarikat dan Asia Tenggara; memperdalam keupayaan pembuatan keputusan LiteCone; memperluas tenaga kerja agen merentasi lebih banyak peranan perkhidmatan kewangan; dan membina ekosistem perkongsian dengan penskala hiper awan, makmal AI, serta platform perbankan dan insurans teras supaya LiteCone diterapkan di tempat institusi sudah beroperasi.
Pelabur LUMIQ menyokong pusingan tersebut atas sebab yang sama iaitu pelanggan LUMIQ menerima guna LiteCone: agen yang sudah membuat keputusan dalam pengeluaran, dengan kebolehauditan dan kawalan terbina dalam.
Sebagai kumpulan perkhidmatan kewangan, kami menyedari betapa penting pembuatan keputusan yang dikawal selia dengan betul, pantas dan berskala besar. LUMIQ telah membina agen AI yang membuat keputusan dalam pengeluaran dengan kebolehauditan dan kawalan terbina dalam, keupayaan yang sedang ditujui oleh industri tersebut. Kami berbangga dapat menerajui pusingan ini dan menyokong pengembangan pasukan merentasi Amerika Syarikat dan Asia Tenggara.
Lakshmi Iyer, Presiden Kumpulan – Pelaburan & Ketua Pegawai Eksekutif, Bajaj Alternates
Keyakinan kami adalah berasaskan dalam perkara yang telah dibina oleh LUMIQ. Agen AI LUMIQ bukan sahaja dibina untuk masa depan. Agen berkenaan beroperasi dalam pengeluaran hari ini, dengan pantas. Gabungan ini jarang berlaku dan nilainya hanya akan bertambah seiring dengan pengembangan syarikat pada peringkat global.
Girish Jhunjhunwala, Pengurus Dana – Pelaburan Ekuiti Persendirian (PE) dan Modal Usaha Niaga (VC), Bajaj Alternates
Perkhidmatan kewangan adalah satu daripada kategori yang paling sukar untuk ditembusi — dikawal selia, menghindari risiko dan tidak mudah terpedaya dengan publisiti berlebihan. LUMIQ telah berjaya meletakkan AI agentik ke dalam aliran kerja perkhidmatan kewangan secara langsung dan memperoleh kepercayaan institusi besar merentasi Amerika Syarikat, Asia Tenggara dan India. Begitulah cara syarikat penentu kategori dalam AI perkhidmatan kewangan dibina dan kami berbangga untuk terus menyokong pasukan berkenaan memandangkan perkhidmatan itu semakin berkembang pada peringkat global.
Kitty Agarwal, Rakan Kongsi, Info Edge Ventures
Matlamat LUMIQ adalah untuk menerajui satu kategori: pembuatan keputusan secara automatik pada skala pengeluaran untuk perkhidmatan kewangan. Agen yang membuat tindakan, bukan sekadar membantu dan tidak sesekali menjejaskan audit, pematuhan, atau kebolehramalan.
Maklumat Tentang LUMIQ
LUMIQ ialah syarikat perkhidmatan kewangan natif AI. Melalui platform LiteCone dan tenaga kerja agen AI pengeluaran yang semakin berkembang, LUMIQ mengubah peranan perkhidmatan kewangan sebenar — penaja jamin insurans, penaja jamin kredit, penilai tuntutan — menjadi agen yang konsisten, boleh dijelaskan, patuh dan boleh diaudit. Syarikat ini menggabungkan kepakaran domain yang mendalam merentasi sektor perbankan, insurans dan pasaran modal dengan AI termaju. LUMIQ menggaji lebih 350 pakar AI dan data, serta mempunyai pejabat di New Jersey, Singapura dan Delhi NCR (India).
Laman Web: www.lumiq.ai
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2997283/LUMIQ_Funding.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4987246_MS87246_6











