Thunes Bawa Pembayaran Stablecoin ke 11,500 Bank melalui Ketersambungan Swift, Merapatkan Jurang antara Kewangan Tradisional dan Aset Digital - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Thunes Bawa Pembayaran Stablecoin ke 11,500 Bank melalui Ketersambungan Swift, Merapatkan Jurang antara Kewangan Tradisional dan Aset Digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam satu perkembangan penting bagi pergerakan wang global, bank kini boleh melaksanakan pembayaran segera ke dompet stablecoin menggunakan ketersambungan Swift sedia ada mereka, menerusi penyelesaian Pay-to-Stablecoin-Wallets oleh Thunes.

SINGAPURA, 17 Mac 2026 /PRNewswire/ — Thunes, "Smart Superhighway" bagi pemindahan wang global, hari ini mengumumkan satu kejayaan besar dalam pembayaran rentas sempadan dengan menawarkan penyelesaian Pay-to-Stablecoin-Wallets kepada bank di seluruh dunia melalui ketersambungan Swift sedia ada mereka. Inovasi ini membuka era baharu kebolehoperasian, membolehkan 11,500 institusi dalam rangkaian Swift menghantar pembayaran masa nyata kepada lebih 500 juta dompet stablecoin di seluruh dunia tanpa memerlukan sebarang integrasi tambahan

Dengan pencapaian ini, Thunes berperanan sebagai jambatan antara ekosistem mata wang fiat dan aset digital, menggabungkan keselamatan serta kepercayaan infrastruktur industri Swift dengan keanjalan Rangkaian Global Langsung Thunes, selain kelajuan dan ketelusan stablecoin berasaskan rantaian blok.

Penyelesaian Pay-to-Stablecoin-Wallets oleh Thunes, yang dilancarkan pada Oktober 2025, menyokong USDC dan USDT, sekali gus memperkasa bank serta institusi kewangan dan pelanggan mereka untuk menghantar pembayaran rentas sempadan secara segera, 24/7, di lebih 140 negara, terus ke dompet stablecoin. Pembayaran gaji, kiriman wang keluarga atau transaksi perniagaan kini boleh dipindahkan serta-merta daripada akaun bank ke dompet stablecoin, membolehkan penerima mengakses dana dengan segera, sepanjang masa, dengan kestabilan yang lebih baik serta perlindungan daripada turun naik mata wang tempatan.

Pelancaran ini memperluas siri inovasi Thunes dalam menghubungkan institusi kewangan kepada Rangkaian Global Langsungnya melalui ketersambungan Swift yang selamat, susulan pelaksanaan berjaya penyelesaian Pay-to-Bank dan Pay-to-Wallet. Dengan mengintegrasikan rangkaian stablecoin bersama infrastruktur fiat, Thunes terus menetapkan piawaian global bagi pembayaran masa nyata tanpa sempadan, sejajar dengan permintaan pelanggan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Thunes, Chloé Mayenobe, berkata, "Ini merupakan detik penting bagi pembayaran rentas sempadan. Dengan menggabungkan infrastruktur perbankan global Swift yang selamat dan berdaya tahan dengan penyelesaian pembayaran Thunes, kami membuka era baharu pergerakan wang global. Bank kini boleh memindahkan nilai secara serta-merta merentasi mana-mana saluran, sama ada fiat atau stablecoin, dalam rangkaian yang dipercayai dan patuh, menggunakan sambungan Swift sedia ada. Thunes memperkasa pembayaran digital tanpa sempadan serta memacu visi kami untuk menghubungkan satu bilion pengguna seterusnya kepada ekonomi global."

Penyelesaian Pay-to-Wallets Thunes disokong oleh Sistem Perbendaharaan SmartX bagi memastikan kecairan fiat-ke-stablecoin yang lancar, serta Platform Pematuhan Fortress untuk keselamatan dan kebolehkesanan menyeluruh.

Ketua Pegawai Produk Thunes, Elie Bertha, menambah, "Melalui satu mesej Swift, mana-mana bank kini boleh melaksanakan pembayaran segera ke semua destinasi utama termasuk dompet, bank dan dompet stablecoin di seluruh dunia tanpa kerumitan atau halangan integrasi. Ini merupakan kebolehoperasian pada tahap terbaik, menghubungkan bank, dompet dan mata wang digital melalui satu sambungan yang mudah. Perkembangan ini dijangka mempercepat peralihan stablecoin daripada inovasi kepada penggunaan meluas, selari dengan permintaan pelanggan yang tinggi serta keperluan untuk menyelesaikan cabaran sebenar yang dihadapi jutaan individu dan perniagaan di seluruh dunia akibat ketidaktentuan mata wang dan keperluan terhadap pembayaran yang lebih pantas serta akses kepada mata wang kukuh."

Maklumat tentang Thunes:

Thunes ialah Lebuh Raya Pintar untuk memindahkan wang di seluruh dunia. Jaringan Global Langsung milik Thunes membolehkan Ahli membuat pembayaran secara langsung di lebih 140 negara dan lebih daripada 90 mata wang. Rangkaian Thunes berhubung secara langsung dengan lebih 12 bilion dompet mudah alih, dompet stablecoin dan akaun bank di seluruh dunia, serta 15 bilion kad melalui lebih 220 kaedah pembayaran yang berbeza. Ahli Jaringan Global Langsung Thunes termasuk gergasi ekonomi gig seperti Uber dan Deliveroo, aplikasi super seperti WeChat, organisasi pemindahan wang (MTO), fintech, penyedia perkhidmatan pembayaran (PSP) dan bank. Beribu pejabat di Singapura, Thunes mempunyai pejabat di 14 lokasi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.thunes.com/

Logo – https://mma.prnewswire.com/media/2831061/5823288/Thunes_Logo.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4910756_MS10756_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI