SHAH ALAM, Malaysia, 18 Mac 2026 /PRNewswire/ — ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd., agensi pelaksana di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terus mempergiatkan usaha mempromosikan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) melalui Program Ziarah MADANI yang diadakan di Hospital Shah Alam.
Majlis Ziarah MADANI x PeKa B40: Simbol keprihatinan dan komitmen dalam memperkukuh akses kesihatan untuk rakyat, khususnya golongan B40.
Program yang dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan ini bertujuan menyantuni warga hospital yang memerlukan serta meringankan beban mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri. Penyerahan 50 bakul makanan serta pek iftar makanan juga turut diagihkan kepada warga Hospital Shah Alam yang kurang berkemampuan.
Menurut beliau, "Melalui Program PeKa B40, kita terus komited memperkasakan saringan awal demi masa depan yang lebih sihat. Pencegahan adalah kunci utama, dan saya menyeru agar inisiatif ini terus disampaikan kepada golongan sasar."
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Encik Wan Mohd Hazwan, berkata, "Program seumpama ini memberi peluang kepada kami untuk menyantuni golongan B40 secara langsung dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pencegahan awal, khususnya melalui saringan penyakit tidak berjangkit (NCD) di kalangan komuniti hospital."
ProtectHealth akan terus bekerjasama dengan fasiliti kesihatan awam dan rakan kongsi swasta untuk memastikan manfaat PeKa B40 sampai kepada komuniti yang memerlukan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam menyediakan akses penjagaan kesihatan yang inklusif, saksama, dan mudah dicapai bagi golongan yang paling memerlukan di Malaysia.
PROTECTHEALTH CORPORATION SDN. BHD.
Mengenai ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.
ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) ditubuhkan pada 19 Disember 2016 sebagai anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia (PHM) yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebagai syarikat yang tidak berasaskan keuntungan, ProtectHealth menyelaras, mentadbir dan menguruskan inisiatif yang berkaitan dengan pembiayaan perkhidmatan penjagaan kesihatan sepertimana diamanahkan oleh KKM.
ProtectHealth adalah pengurus skim untuk Skim Perubatan MADANI, PeKa B40, Hospital Services Outsourcing Programme (HSOP), Electronic Service Provider (ESP) untuk SPIKPA dan pelaksana penglibatan pengamal perubatan swasta dan NGO kesihatan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4913135_MS13135_6










