Plaud Perluas Tumpuan di Asia Tenggara, Bawakan Pandangan Aliran Kerja AI Dunia Nyata ke GATES Thailand 2026 - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Plaud Perluas Tumpuan di Asia Tenggara, Bawakan Pandangan Aliran Kerja AI Dunia Nyata ke GATES Thailand 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK, 2 Februari 2026 /PRNewswire/ — Plaud.ai, iaitu satu-satunya platform pencatat nota AI yang menghubungkan pertemuan secara bersemuka, panggilan telefon dan mesyuarat dalam talian ke dalam satu aliran kerja, mengumumkan pada hari ini tumpuan yang diperluas pada pasaran Asia Tenggara (SEA). Sebagai sebahagian daripada momentum serantau ini, Plaud akan menghadiri Sidang Kemuncak Saluran Teknologi Pengguna GATES yang berlangsung mulai 3–5 Februari 2026 di Bangkok.

Plaud akan mengadakan pameran di Reruai B43 semasa berlangsungnya acara ini dan akan mempamerkan produk-produk andalannya — Plaud Note Pro, pencatat nota AI yang paling canggih di dunia dan Plaud NotePin S, pencatat nota AI paling boleh pakai di dunia yang dilancarkan secara rasmi di CES 2026 bagi memperlihatkan sejauh mana golongan profesional boleh tetap menumpukan perhatian sepenuhnya sambil mencatat kesemua perkara yang penting.

Penyertaan di GATES menggambarkan usaha Plaud yang berterusan untuk berinteraksi dengan rakan kongsi dan ahli profesional serantau sekitar aliran kerja AI yang praktikal dan senarai tindakan produktiviti dunia nyata. Asia Tenggara mewakili rantau pertumbuhan yang utama untuk Plaud, didorong oleh persekitaran profesional yang semakin bersifat rentas sempadan, berbilang bahasa dan bergerak pantas. Keutamaan pasaran Plaud ketika ini di rantau ini melibatkan Singapura, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam yang mana pasukan dan individu tercari-cari alatan AI yang dapat berfungsi melangkaui proses merekod yang mudah bagi memberikan kejelasan, struktur serta sokongan pelaksanaan.

Butiran Acara 

  • Tarikh: 3–5 Februari 2026
  • Reruai: B43
  • Lokasi: 1695 Phaholyothin Road, Chatuchak, Bangkok 10900, Thailand

Kehadiran Plaud di GATES Thailand 2026 merupakan sebahagian daripada inisiatif yang lebih luas untuk memperdalam keterlibatan di seluruh Asia Tenggara melalui dialog industri, kolaborasi serantau dan perkongsian pandangan yang praktikal mengenai penerimagunaan AI dalam aliran kerja profesional harian.

Latar Belakang Plaud
Plaud membangunkan teman kerja AI yang paling dipercayai di dunia untuk golongan profesional bagi meningkatkan produktiviti dan prestasi melalui penyelesaian pencatatan nota yang digemari oleh lebih 1,500,000 pengguna di seluruh dunia sejak tahun 2023. Dengan misi untuk memperhebat kecerdasan manusia, Plaud membina infrastruktur dan antara muka kecerdasan generasi akan datang bagi merekod, mengekstrak dan memanfaatkan apa yang anda katakan, dengar, lihat dan fikirkan. Plaud Inc. ialah sebuah syarikat diperbadankan di Delaware dan berpangkalan di San Francisco yang menerobos sempadan kecerdasan manusia-AI melalui kombinasi perkakasan-perisian. Menerusi pematuhan ISO 27001, ISO 27701, GDPR, SOC 2, HIPAA dan EN 18031, Plaud komited terhadap piawaian keselamatan data dan perlindungan privasi yang tertinggi.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4870627_MS70627_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI