Yutong Bus Lapor Pertumbuhan Jualan Berterusan pada 2025, Majukan Pengangkutan Awam Lestari di Seluruh Dunia - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Yutong Bus Lapor Pertumbuhan Jualan Berterusan pada 2025, Majukan Pengangkutan Awam Lestari di Seluruh Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Prestasi kendalian yang mantap, pertumbuhan berteraskan inovasi dan integrasi ESG memperkukuh penciptaan nilai jangka panjang

ZHENGZHOU, China, 29 Januari 2026 /PRNewswire/ — Yutong Bus ("Yutong", SHA: 600066), pengilang bagi kenderaan komersial global memberikan prestasi kendalian yang mantap dan lestari pada tahun 2025 tatkala ia terus memajukan peralihan global ke arah pengangkutan awam rendah karbon. Pada tahun 2025, Yutong Bus menyerahkan 49,518 kenderaan yang menyaksikan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 5.54%.

Yutong’s bus sales increased by 5.54% in 2025, continuing to advance technological innovation, social commitment, and environmental responsibility worldwide.

Prestasi Perniagaan yang Mantap dan Perkongsian Saling Menguntungkan dengan Operator Pengangkutan Awam

Pada tahun 2025, Yutong terus mengembangkan pelaburannya di seluruh Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika dan Asia. Dengan mewujudkan stesen servis langsung dan pusat alat ganti serantau, syarikat ini meningkatkan keandalan kenderaan pascajualan dan masa hidup operasi. Pelancaran jenama servisnya, EnRoute+ memperlihatkan komitmen Yutong dalam memberikan sokongan yang lebih cekap, pintar dan khusus senario sepanjang kitaran hayat kenderaan keseluruhan.

Pencapaian Berteraskan Inovasi

Berdasarkan rekod prestasi operasinya yang kukuh, Yutong mengekalkan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) tahunan melebihi 5% daripada hasil kendaliannya. Syarikat ini melancarkan EV Long-life Tech yang mencapai jangka hayat rintis selama 15 tahun atau 1.5 juta km untuk bas elektrik tulen melalui inovasi yang utama dalam bateri, motor serta sistem kawalan elektronik. Sementara itu, inovasi produk Yutong turut mendapat pengiktirafan industri. Bertempat di Busworld Europe 2025 di Belgium, model-model T14E dan U15 Yutong masing-masing dianugerahkan "Grand Award Coach" dan "Grand Award Bus".

Prestasi produk dan keandalan operasi disahkan melalui aplikasi pasaran antarabangsa. Di Filipina, model C12Pro Yutong mencatatkan pengurangan penggunaan bahan api sebanyak 12% bagi setiap 100 km berbanding generasi sebelumnya. Di Eropah, bas antara bandar elektrik bateri IC12E telahpun menyelesaikan ujian senario penuh sejauh 1,200 km merentas empat negara Nordik bagi memperlihatkan kebolehsesuaian dalam pelbagai keadaan kendalian. Di Ghana, van V6 Yutong mencapai penggunaan bahan api gabungan sebanyak 9.2 L/100 km. Di Kazakhstan pula, perbatuan kendalian maksimum bagi sebuah kenderaan C12Pro Yutong boleh mencecah 2 juta km.

Yutong remains committed to its mission of "Bring enjoyable travels to the public and create greater value for customers". Together with global partners, the company continues to contribute to a greener and more inclusive future for global mobility.
Yutong remains committed to its mission of "Bring enjoyable travels to the public and create greater value for customers". Together with global partners, the company continues to contribute to a greener and more inclusive future for global mobility.

Kolaborasi dan Pertumbuhan Bersama Masyarakat

Yutong saling bekerjasama dengan operator di seluruh dunia bagi mempererat kerjasama, seterusnya mencapai integrasi yang kukuh antara komitmen korporat dan sosial bersama.

Di Asia Tengah, penghantaran bas kumulatif Yutong telahpun melebihi 10,000 unit. Di Pakistan, 400 bas elektrik tulen dihantar pada tahun 2025; di Chile, 372; dan di Greece, 100. Dalam suku keempat, Yutong menghantar 723 bas di Maghribi untuk Kejohanan Sukan Antarabangsa Afrika bagi menyokong pengangkutan acara. Pada masa yang sama, syarikat ini aktif menggalakkan penyetempatan dan guna tenaga global, mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan tempatan yang mantap dan terus-menerus mengukuhkan hubungan dengan komuniti tuan rumah.

Amalan Jangka Panjang dalam Pembangunan Lestari

Yutong menghargai pengurusan ESG dan komited untuk memacu pembangunan lestari melalui amalan sistematik dan jangka panjang. Pada tahun 2025, syarikat ini menerima penarafan EcoVadis Gold sebanyak 81 mata, lantas menggambarkan prestasi kukuh dalam aspek kelestarian, etika dan pengurusan rantaian bekalan yang bertanggungjawab.

Inisiatif-inisiatif alam sekitar termasuk pengembangan berterusan projek "Net Zero Forest" Yutong yang menyokong penanaman kira-kira 47,000 batang pokok di seluruh China, Chile, United Kingdom dan Mexico, lalu memenuhi komitmen hijaunya iaitu "Satu Bas, Satu Pokok." Syarikat ini turut memperdalam keterlibatan komuniti melalui program advokasi dan pendidikan awam, termasuk kempen "Let’s Go Green" bagi menggalakkan pengangkutan awam di negara-negara seperti Greece dan inisiatif "School Bus Safety Tour" di Kazakhstan yang mempromosikan kesedaran keselamatan jalan raya dan mobiliti yang bertanggungjawab untuk kanak-kanak.

Pada tahun 2026, Yutong akan sentiasa komited terhadap misinya iaitu "Memberikan perjalanan yang menyeronokkan kepada orang ramai dan mencipta nilai yang lebih besar untuk pelanggan". Seiring bersama rakan kongsi global, syarikat ini tetap komited untuk memajukan sistem pengangkutan awam yang lestari dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau dan lebih inklusif demi mobiliti global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://en.yutong.com/.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4872885_MS72885_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI