KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Januari 2026 /PRNewswire/ — Sempena Tahun Baharu Cina ini, Pusat Beli-belah IPC mengajak para pengunjung untuk merasai pengalaman perayaan yang seimbang dan harmoni. Dari 19 Januari sehingga 22 Februari 2026, pusat beli-belah ini akan berubah wajah menjadi pusat perayaan yang meriah di mana warisan Sweden bertemu tradisi tempatan, dengan kuda Dala yang ikonik dipamerkan di tengah-tengah pentas sebagai lambang sambutan tahun yang penuh kemakmuran dan keseimbangan.
Pusat Beli-belah IPC Melangkah Gagah ke Tahun Baharu dengan tema perayaan ‘Just Right, Just Horse-picious’
"Just Right, Just Horse-picious", Penyatuan Dua Budaya yang Harmoni
Inti pati tema perayaan "Just Right, Just Horse-picious" (马到福到: 刚刚好) adalah untuk meraikan keharmonian dua budaya.
Di Pusat Beli-belah IPC, Fire Horse di dalam kalendar Lunar adalah simbol semangat, keazaman, dan tekad untuk terus mara ke hadapan, melangkah seiring dan senada dengan kuda Dala. Simbol terkenal Sweden ini melambangkan kesungguhan yang dipercayai boleh membawa tuah di sepanjang tahun.
Oleh sebab itulah, dalam tempoh perayaan ini, Pusat Beli-belah IPC mengalu-alukan pengunjung untuk merebut tuah "horse-picious" sebaik sahaja mereka melangkah ke dalam IPC. Dari yang berbentuk kecil hingga besar, kuda Dala boleh dilihat melalui gabungan rekaan moden dan tradisional, di mana paparan yang simbolik ini boleh dilihat di seluruh pelusuk pusat beli-belah sebagai pembawa tuah untuk kehidupan yang sejahtera. Kehadirannya di setiap aras diharapkan dapat menyalakan semangat keteguhan dan kemakmuran dalam kehidupan, sekali gus menjadikan pengalaman para pengunjung lebih bermakna dan menyeronokkan.
Nikmati Tuah Perayaan
Menjejakkan kaki ke dalam IPC pada Tahun Baru Cina ini seolah-olah melangkah masuk ke suasana perayaan yang mengasyikkan, di mana kuda Dala ada di setiap sudut — besar dan kecil, moden dan tradisional — ia menghiasi ruang tengah sebagai pembawa tuah dan kemakmuran. Bertempat di CNY Marketplace di Ruang Utama (Concourse), Aras G, reka bentuk pameran perayaan kali ini mengajak para pengunjung untuk menikmati, meneroka, dan menyelami setiap ruang indah dengan kegembiraan sambutan perayaan.
Kuda Dala ini bukan sekadar menjadi elemen hiasan; ia adalah simbol keseimbangan, keharmonian dan kemakmuran — iaitu nilai-nilai utama dalam sambutan Tahun Baharu Cina. Pengalaman interaktif ini dihidupkan melalui cabaran "Kira Kuda Dala", di mana ahli Tack Club boleh menguji kemahiran mereka memerhati dengan menebus kad peraduan di i-Counter menggunakan 10 Mata Ganjaran Tack. Tiga pemenang dengan pemerhatian paling tajam dan jawapan paling tepat akan dipilih pada 2 Mac bagi memenangi sebahagian daripada hadiah bernilai RM1,500, termasuk pemberian e-baucar Tack bernilai RM200, fon kepala JBL dan pembesar suara Bluetooth yang mudah alih.
Semasa ahli keluarga menerokai hiasan perayaan yang dipamerkan, mereka juga sebenarnya sedang menikmati pelbagai tawaran IPC yang telah diatur dengan teliti — bermula daripada keperluan barangan rumah di IKEA dan Harvey Norman, bermacam pilihan fesyen perayaan terkini di Padini, Skechers dan H&M, hinggalah kepada barang-barang runcit di Ben’s Independent Grocer. Pelanggan yang ingin membuat persiapan perayaan juga boleh mendapatkan hiasan dan keperluan Tahun Baharu Cina di MR DIY Plus dan The Green Party, dan inilah yang menjadikan IPC destinasi sehenti yang tepat untuk dikunjungi sempena musim perayaan ini.
Di samping membeli-belah, pengunjung dari pelbagai peringkat usia turut boleh menikmati bermacam pengalaman menarik di IPC yang diadakan pada hujung minggu dan cuti umum bermula 31 Januari. Antara tarikan utama termasuklah bengkel percuma eksklusif untuk ahli Små Club, di mana kanak-kanak boleh menghasilkan hiasan kraf kuda Dala yang membawa tuah dan "Ma’ney Horse" yang bertemakan kemakmuran.
Sambutan diteruskan dengan sesi jalan-jalan dan pertemuan yang menampilkan God of Prosperity, untuk berkongsi senyuman dan restu di seluruh pusat beli-belah. Kemeriahan gema irama perayaan juga akan berkumandang pada setiap hari Ahad dengan persembahan gendang Cina, gendang Lima Maharaja (Five Emperor), serta tarian singa tradisional, menjadikan suasana di IPC lebih ceria untuk seisi keluarga saling bertemu dan menikmati masa bersama.
Kemuncak perayaan disambut pada hari pertama Tahun Baru Cina dengan persembahan Tarian Akrobatik Singa oleh pemenang anugerah Yi Meng Lion Art Troupe (一鳴獅藝舘) pada jam 11 pagi. Bertempat di lapangan Courtyard, Aras G (di belakang Machines), persembahan bertenaga ini menjanjikan permulaan tahun yang mengagumkan dan penuh gilang-gemilang.
Dua Persinggahan. Lebih Banyak Ganjaran
Pada tahun ini, Pusat Beli-belah IPC bersama-sama IKEA Damansara, tampil sebagai destinasi sehenti yang menyediakan segala persiapan perayaan. Dengan memberi nafas segar kepada kediaman dengan perabot bergaya, menyediakan bermacam pilihan pakaian baharu yang terkini, serta mendapatkan barangan runcit untuk sambutan perayaan, para pengunjung dengan mudah boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang holistik. Pengalaman membeli-belah yang lancar ini turut menyediakan ganjaran dengan program "Dua Persinggahan. Lebih Banyak Ganjaran" (Two Stops. More Rewards).
Bermula dari19 Januari hingga 8 Februari, pengunjung yang berbelanja RM50 dalam satu (1) resit di IPC dan RM250 dalam satu (1) resit di IKEA Damansara pada hari yang sama boleh menebus hadiah harian dan mendapat satu tiket penyertaan Cabutan Bertuah Perdana untuk merebut daripada jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM38,000. Kemuncak peraduan akan berlangsung pada 8 Februari dengan lima pemenang bertuah akan diumumkan secara langsung di Ruang Utama, Aras G. Lima pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah menarik seperti kabinet IKEA, kerusi beroda IKEA, iPhone 17 Pro Max, MacBook Air M4, dan AirPods Pro 3.
Pelbagai Ganjaran Horse-Picious
Aktiviti membeli-belah yang mudah ini dipertingkatkan lagi dengan pilihan ganjaran terpilih yang dibuat untuk menambah sentuhan Lagom ke dalam setiap rumah. Semasa menyemak senarai barangan keperluan untuk persediaan perayaan di Pusat Beli-belah IPC, para pelanggan boleh menebus hadiah-hadiah yang menarik dan praktikal di i-Counter, Aras G, termasuklah:
- e-Baucar Tack RM10 dan satu set sampul merah Kuda Dala dengan setiap pembelian minimum RM200 dalam dua (2) resit
- e-baucar RM30, satu set sampul merah Kuda Dala dan Beg Tote Dala Plushie Packable dengan setiap pembelian minimum RM500 untuk ahli Tack Club dalam tiga (3) resit dan RM700 untuk pelanggan biasa
- e-baucar RM30, satu set sampul merah Kuda Dala dan Selimut Bantal Dwi-Guna Dala dengan setiap pembelian minimum RM800 dalam tiga (3) resit untuk ahli Tack Club dan RM1,000 untuk pelanggan biasa
Cik Karyn Lim, Pengurus Besar Pusat Beli-belah IPC, berkata, "Di IPC, kami percaya bahawa sambutan sebenar ‘horse-picious’ adalah dengan memberikan keseimbangan, keharmonian dan kemakmuran. Pada Tahun Baharu Cina ini, kami bukan sekadar ingin meraikan perayaan malah kami mahu menyumbang kepada suasana yang Lagom untuk komuniti kami — iaitu keseimbangan yang sempurna untuk segala-galanya"
"Dengan menggabungkan warisan Sweden kami dengan tradisi Tahun Baharu Cina tempatan, kami berharap ia dapat mewujudkan kemeriahan suasana semasa menyediakan persiapan sambutan sehinggalah ketika tibanya hari perayaan itu sendiri. Dengan menghidupkan semangat Tahun Kuda melalui ikon Kuda Dala yang diletakkan di serata pusat beli-belah sempena aktiviti pencarian interaktif, di samping memberikan pengalaman membeli-belah yang holistik bersama IKEA Damansara, Pusat Beli-belah IPC terus menjadi destinasi pilihan pengunjung yang benar-benar ingin merasai semangat perayaan."
Menyemarakkan Semangat Kemakmuran ke Seluruh Planet.
Dalam keseronokan menyediakan persiapan Tahun Baharu Cina dan menjalankan aktiviti mengemas, Pusat Beli-belah IPC mengajak komuniti untuk saling berganding bahu bagi melupuskan sisa sampah secara berhemah di Recycling and Buy-Back Centre (RBBC). Dengan melakukan aktiviti pengasingan dan kitar semula bahan-bahan buangan semasa perayaan seperti kertas, kadbod, aluminium dan logam, pelanggan boleh mengumpul Mata Ganjaran Tack Berganda sehingga 1 Mac 2026, agar tahun yang baharu saja bermula ini bermakna dari segi budaya, serta memberi lebih banyak kebaikan.
Oleh itu, Pusat Beli-belah IPC berbesar hati menjemput semua untuk bersama-sama melangkah dengan penuh tekad ke tahun baharu dan menikmati keceriaan sambutan Tahun Baharu Cina yang bukan sahaja menyeronokkan dan meriah, tetapi juga merasai keseimbangan sempurna — yang ‘tepat’ — dengan gabungan seimbang antara tradisi, ganjaran serta komuniti.
Untuk maklumat lanjut tentang perayaan ‘Just Right, Just Horse-picious’, sila layari ipc.com.my atau ikuti IPC Shopping Centre di Facebook, Instagram, atau TikTok untuk sebarang promosi, acara dan info terkini.
-TAMAT-
Tentang IPC Shopping Centre:
Ditubuhkan pada Disember 2023, IPC Shopping Centre merupakan pusat pertemuan pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh IKEA dengan gambaran bangunan kotak biru besar dan adalah penting dalam portfolio Ikano Retail yang semakin berkembang di rantau Asia Tenggara ini. Dengan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah campuran pelbagai pembangunan pesat di Mutiara Damansara, ia berfungsi sebagai rumah ketiga yang tidak asing lagi untuk komuniti baik di sekitar mahupun pengunjung daripada luar. Lebih dari sekadar destinasi membeli-belah, di IPC Shopping Centre, semua pengunjung boleh menaikkan semula semangat mereka, saling berhubung, dan menikmati detik-detik bermakna, semasa mereka membeli barangan keperluan mereka. Berakar umbi dari warisan negara Sweden, IPC Shopping Centre menerapkan konsep Lagom Life – gaya hidup yang seimbang, mampan, dan secukupnya. Kesemua ini dibentuk daripada kehidupan yang berinspirasikan alam sekitar, campuran rakan-niaga yang dipilih dengan teliti, hinggalah pengalaman di pusat tersebut secara keseluruhan yang mengajak pengunjung untuk bersederhana, mencari keseimbangan, dan menikmati hidup mengikut keupayaan masing-masing. IPC Shopping Centre turut menerajui kelestariannya melalui perkhidmatan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (Recycling and Buy-Back Centre) yang canggih serta pelbagai inisiatif lain untuk menjaga alam sekitar dalam memupuk penglibatan komuniti dan menunjukkan komitmen mereka mengekalkan dan menjaga kehijauan di muka bumi ini demi masa depan.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4873034_MS73034_6










